Matlamat Pendidikan dan Perubahan Kurikulum dalam Perkembangan Pendidikan di Malaysia
Pada zaman globalisasi yang sarat dengan pancaroba ini, pendidikan merupakan sebuah perkara yang tidak asing dalam kalangan masyarakat lebih lebih lagi dalam kalangan anak muda. Di dalam pendidikan formal, satu kurikulum adalah merupakan satu set kursus, dan isi kandungannya, yang ditawarkan di sebuah sekolah atau universiti. Sebagai satu idea, kurikulum berasal dari perkataan Latin bermaksud kursus perlumbaan yang merujuk kepada kursus-kursus deeds dan pengalaman bagaimana kanak kanak membesar dan baligh menjadi dewasa.
MATLAMAT PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM DALAM
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Matlamat pendidikan di Malaysia adalah bertujuan untuk
membangunkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia
,bertanggungjawab, berpegang teguh kepada agama, sejahtera diri dan bersedia
memberi sumbangan terhadap kemakmuran dan keharmonian keluarga, masyarakat, dan
negara. Berikut adalah serba sikit huraian matlamat pendidikan di malaysia.
Rakyat yang mempunyai kriteria berilmu pengetahuan bermaksud rakyat yang gemar membaca dan hasil daripada itu mereka dapat memanfaatkan ilmu yang diambil daripada mana mana artikel dan internet atau dari mana mana sumber yang mereka boleh dapatkan ilmu untuk diri mereka dan dikongsikan kepada orang sekeliling.Hal ini juga dapat menjadikan mereka seseorang yang berfikiran luas dan terbuka dalam melakukan atau menentukan sesuatu keputusan yang matang.Dari aspek berketerampilan pula bermaksud rakyat yang mempunyai kebolehan dalam melaksana dan menyempurnakan sesuatu tugas serta mampu untuk menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang.
Matlamat pendidikan juga bermatlamat untuk melahirkan rakyat yang berakhlak mulia yang bermaksud rakyat tahu dan sedar akan nilai baik dan buruk serta menyedari kesan daripada melakukan perkara tersebut dengan menghayati nilai kerohanian ,kemanusiaan, dan kewarganegaraan.Selain itu,matlamat pendidikan juga dapat melahirkan rakyat yang berpegang teguh kepada agama dengan mengakui manusia dan alam dijadikan oleh pencipta dan juga menyedari bahawa manusia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perbuatannya.
Seterusnya,dari segi tanggungjawab kita dapat mewujudkan rakyat yang mnyedari tugas dan tanggungjawab adalah satu amanah yang mesti dilaksanakan dengan sempurna iaitu dengan bersih, cekap dana amanah.Sejahtera diri pula bermaksud mewujudkan perhubungan yang baik serta pemikiran yang waras, jiwa yang tenang, dan badan yang sihat.
Dalam konteks transformasi kurikulum,transformasi membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada iaitu KBSR dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan mengikut arus semasa.Kurikulum standard sekolah rendah mula wujud selepas mengalami pelbagai perubahan yang dimulai dengan KBSR iaitu kurikulum baru sekolah rendah sehinggalah ke KSSR iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah iaitu sistem pendidikan yang masih diguna sehingga kini.Sistem pendidikan ini memberi penekanan kepada potensi murid untuk memastikan perkembangan potensi mereka secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu yang meliputi aspek aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan .Selain itu,perubahan ini juga turut memberi penekanan kepada penerapan nilai nilai murni yang harus diwujudkan dalam mata pelajaran yang diajar di sekolah pada masa kini.
Budaya keusahawanan dan budaya niaga juga semakin diperkuatkan didalam kalangan masyarakat kerana ianya merupakan komponen penting dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang kreatif dan inovatif dan juga mampu menstabilkan ekonomi negara.Perubahan ini juga turut memberi penekanan terhadap pendidikan teknik dan vokasional yang mana ianya berlandaskan industri untuk melatih individu dalam kemahiran tertentu bagi meningkatkan bilangan rakyat Malaysia berkemahiran yang sedia ada.
Comments
Post a Comment