Analisis Perubahan Sistem Pendidikan untuk Mencapai Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan



b) Analisis Perubahan Sistem Pendidikan untuk Mencapai Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan


PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu:

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Idea penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dicetuskan pada tahun 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Kebangsaan, berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan berlandaskan ketiga-tiga ideologi negara, iaitu; Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia Ketiga pada 1976-1980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999). Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengambil berat tentang keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.


PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN PADA:





Sekolah Pondok






Sekolah-sekolah di Tanah Melayu telah dipecahkan kepada empat aliran semasa pentadbiran British, iaitu sekolah Melayu, sekolah Inggeris, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa pengantarnya sendiri tetapi mempunyai kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, telah timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Terdapat beberapa jawatankuasa yang telah ditubuhkan bagi mengkaji sistem persekolahan pada zaman itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut;

  • Laporan Barnes (1951)- menyiasat dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
  • Laporan Fenn-Wu (1951)- mengkaji dan menilai semula kewajaran Laporan Barnes.
  • Ordinan Pelajaran (1952)- menggantikan beberapa laporan sebelumnya dengan menetapkan sama ada bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris sebagai bahasa perhubungan di sekolah rendah. 
  • Laporan Razak (1956)- meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.
   Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Oleh itu, Ordinan Pelajaran 1957 telah digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak 1956 yang mengutamakan perdpaduan dan menjadi teras kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Laporan ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dan penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama bagi semua sekolah. 

   Pada tahun 1962, dasar pendemokrasian pendidikan telah diwujudkan dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar pendemokrasian ini merupakan satu proses mendemokrasiakn pendidikan supaya setiap individu diberikan hak dan peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Oleh itu, berlakunya peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah malah kadar tersebut terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat bermula tahun 1992. 


Sekolah Vernakular







 Pada dekat terakhir abad ke-20, kita dapat menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara.Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beerapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalhnya Akta Pendidikan 1996, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan beberapa akta yang lain lagi. Selain tu, terdapat banyak lagi perubahan terhadap sistem pendidikan di negara kita termasuk;


  • ·         Peningkatan akses dalam pendidikan khusunya peringkat tertiari.

  • ·         Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999. 

  • ·         Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

  • ·         Menaiktarahkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma.

  • ·         Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik. 

 

 Perkembangan dunia teknologi maklumat pada zaman ini telah mempengaruhi Sistem Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya telah diperkemaskan sejajar dengan peredaran zaman. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama. Antaranya ialah, Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002), Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri,2002), Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksaanakn pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Selain itu, terdapat banyak lagi program pendidikan yang diperluaskan bagi meningkatkan sistem pendidikan negara termasuklah Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) telah diperkenalkan pada tahun 2003 dan Program j-QAF juga turut diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006. Program ini bertujuan bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan juga Fardu Ain. 

    Perubahan yang paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Oleh itu, KPM telah dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan juga pendidikan guru. 

 

 

KESIMPULAN

Sistem pendidikan di negara ini mengalami perubahan bagi mencorak dan membentuk generasi yang memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.



Comments

Popular posts from this blog

Matlamat Pendidikan dan Perubahan Kurikulum dalam Perkembangan Pendidikan di Malaysia