Posts

KURIKULUM SEBAGAI WAHANA MENTERJEMAH FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Image
AHLI KUMPULAN  SUB TAJUK: a) Matlamat pendidikan dan perubahan kurikulum dalam perkembangan pendidikan di Malaysia b) Analisis perubahan sistem pendidikan untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan c) Kurikulum standard Kebangsaan ke arah menterjemahkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan  d) Peranan kurikulum tidak formal ke arah mencapai matlamat pendidikan Malaysia

Matlamat Pendidikan dan Perubahan Kurikulum dalam Perkembangan Pendidikan di Malaysia

Image
Pada zaman globalisasi yang sarat dengan pancaroba ini, pendidikan merupakan sebuah perkara yang tidak asing dalam kalangan masyarakat lebih lebih lagi dalam kalangan anak muda. Di dalam pendidikan formal, satu kurikulum adalah merupakan satu set kursus, dan isi kandungannya, yang ditawarkan di sebuah sekolah atau universiti. Sebagai satu idea, kurikulum berasal dari perkataan Latin bermaksud kursus perlumbaan yang merujuk kepada kursus-kursus deeds dan pengalaman bagaimana kanak kanak membesar dan baligh menjadi dewasa. MATLAMAT PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Matlamat pendidikan di Malaysia adalah bertujuan untuk membangunkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia ,bertanggungjawab, berpegang teguh kepada agama, sejahtera diri dan bersedia memberi sumbangan terhadap kemakmuran dan keharmonian keluarga, masyarakat, dan negara. Berikut adalah serba sikit huraian matlamat pendidikan di malaysia. Rakyat yang mempu

Peranan kurikulum tidak formal ke arah mencapai matlamat pendidikan Malaysia

Image
 D) Peranan kurikulum tidak formal ke arah mencapai matlamat pendidikan Malaysia. Kurikulum tidak formal merupakan sistem pendidikan yang tidak dikendalikan atau ditaja oleh negara. Tiada sebarang pensijilan akan diberikan dan tidak mempunyai sebarang struktur atau kelas. Ianya bertujuan untuk memperoleh keahlian pada masa tersebut dan dapat digunakan pada masa itu juga. Kebiasaannya, sistem pendidikan ini tertumpu kepada golongan tertentu dengan matlamat dan objektif tertentu. Misalnya kursus kepimpinan pengawas, kursus pustakawan sekolah, dan bengkel teknik pelajar Tingkatan 5. Kebiasaannya juga, sistem pendidikan ini melibatkan interaksi sosial-psikologi yang melibatkan perasaan, sikap dan tingkah laku. Berdasarkan matlamat pendidikan negara iaitu Falsafah Pendidikan Malaysia, pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

Analisis Perubahan Sistem Pendidikan untuk Mencapai Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Image
b) Analisis Perubahan Sistem Pendidikan untuk Mencapai Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan PENGENALAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu: "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Idea penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dicetuskan pada tahun 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabin